Lelaki acuan al-quran ialah seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takwa kepada Allah s.w.t
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak gentar melawan nafsu
Lelaki acuan al-quran tutur katanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimiliki
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicari
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya penyayang.
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh bersifat jembalang
Lelaki acuan al-quran menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada org tuanya dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumah tangga.
Yang akan mendidik anak mendalami agama islam.
Yang mengamalkan hidup dengan kesederhanaan
kerana dunia baginya rumah sementara menunggu akhirat.
Lelaki acuan al-quran sentiasa bersedia untuk agamanya…
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat saiyidina ali k.w.j
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara.
Yang sujudnya dengan penuh kesyukuran dengan rahmat Allah s.w.t
Lelaki acuan al-quran tidak pernah membazirkan masa…
Yang matanya kepenatan kerana kuat membaca.
Yang suaranya lesu kerana penat mengalun ayat al-Quran dan berzikir.
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Yang bangun subuh dengan kesyukuran dan rahmat Allah s.w.t
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kemalangan.
Lelaki acuan al-quran sentiasa mengingati mati…
Yang baginya di dunia adalah lading akhirat.
Yang mana buah kehidupan ini perlu dibaja dan dijaga.
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.
Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia.
Yang kerana dia mengimpikan Syurga di situlah rumah impiannya..
Dialah lelaki acuan Al-Quran
0 cOmment{s}:
Post a Comment
thanks ◕‿◕✿