SPECIAL PRICE & SPECIAL DISCOUNT?? HARGA TERMURAH?? SET SHAKLEE TERBAIK??

March 2017 SHAKLEE Promotion: Buy 1 FREE 1: Lecithin Buy 4 AT 3: Vita-Lea For Children
For all order inquiries, please contact 0142149010. I'll respond to you shortly and appreciates your patience and support. Tq!

January 23, 2009

.:Makan ABC:.


ABC...uhuw:)


arie nie ase bez sgt sbb dapat jpe ngn roomate kat UiTM Kedah dlu..akhirnya dapat berkumpul gak ktrg nie..fush..rindu bangat kat kak anie dan kak nisa..tp, ptg tadi dpt jpe ngn kak anie je sbb kak nisa ada hal.mlm nie baru dpt jpe ngan kak nisa..tghari aku+min+adik bucukku "dayah"..hehe..jgn marah erk?..nati cpt tua p umah kak anie..dijadikan cite..umah kak anie dekat je ngn umah sewa aku..dia kat jln kemunting dan aku kat jln teratai..jodoh agknya..tapi, sesat gak sbb x jpe cari umah dia..hahaha..lps p umah kak anie dan makan tghari.. dia plak dtg umah aku..lepak kat sana.sembang-sembang and then lps 2 dy belanja mkn ABC kt kedai yg indah permai kat seksyen 2..thnx akak coz blnje kitrg..nati bley blnje ag..hahaha.kesian kat adik bucukku sbb kena kejar masa nk p kesatria pkul 5..time ktrg order dah pukul 4 lebih..nasiblah Dayah..hehe..x pe..at least dpt mkn ABC bez gk..ye x?



aku..layan jer..hahaha:)




time mencari umah kak anie..penat+tersenyum..:)



aku+kak anie:)

p/s:byk kenangan manis ngn dyrng kat Kedah..paling manis time ktrg p Pantai Murni..konon2 nk kua 4 d last time ngn aku sbb da last sem kat sana before aku continue kat uitm s.alm.dijadikan cite.ktrg pnyer kereta rosak on d way nak blik uitm merbok..uhuw..lawak+menakutkan sbb kereta rosak kat tgh-tgh jln.kiri n kanan ada kubur cina n melayu..mlm plak 2.wawawa

.:Tewas:..

hurm.aku x pernah menyangka akhirnya aku tewas juga..Akhirnya.aku tewas..wawawa..aku x kuat untuk melawan sume yg berlaku..truknya aku..uhuw..Aku takut untuk memikirkan apa yg akan terjadi pada hari esok dan seterusnya..seriously aku takut..mampukah aku nak mempertahankan sume yg aku ada demi sesuatu yg aku sendiri x pasti adakah penghujungnya baik ataupun sebaliknya..adoi..aku hanyalah manusia biasa yg lemah dari segi sume aspek.aku tahu kdg-kdg aku x sedar apa yg telah aku lakukan..bilakah aku akan sedar..apakah aku akan bahagia selepas apa yg tlh terjadi??..tapi, aku tahu setiap yg berlaku ada hikmah yg tersembunyi..



aku jadi sedih bila aku dgr lagu unic "MENCARI YANG MAHA SATU"..sbb aku tahu itulah diri aku sekarang nie..terumbang-ambing..makin jauh dariNya..


inilah lirik nasyid 2:~


Terkapai-kapai diri dihanyut arus waktu..Kegelapan hati yang sering buat ku keliru..Dalam menguji pergolakkan emosi diri..Tak siapa tahu ada yang memerhati..

Di dalam menjalani tiap dugaan yang diberi..Membawa pengertian hidup yang abadi..Tanpa perlu menipu diri sendiri..Yang menjadi lumrah duniawi..Seandainya kau yang memberi ruang..Akan ku baiki setiap kekurangan..Oleh itu diri yang memerlukan..Petunjuk darimu oh Ilahi

Diriku kini masih tercari-cari..Jawapan misteri tiap persoalan ini..Ku akui kesalahan dibuat segalanya..Gelap jadinya jiwa seadanya..Apabila tersilap langkahku..

Tiba-tiba berbisik namaMu oh Ilahi..Terdetik di hatiku untuk sujud ke pangkuanMu..Memohon ampun dariMu..Dan selanjutnya ku tergoda lagi..Dunia ini yang sesat membunuhkan jiwaku..Kini ku mengakui teguranMu..Yang membuat ku sedar siapa diriku ini..


"Ya Allah.kau berikanlah aku petunjuk dan hidayahmu..dekatkanlh diriku yg makin jauh dari Mu..Ampun kanlh dosa-dosaku..amin.."


p/s:
ad perkara boleh dikongsi dan sesetengah benda biarlah menjadi rahsia utkku simpan selama-lamanya..

January 22, 2009

.:.Epie Birthday Adda:.

20hb Januari..2 arie lepaz merupakan hari lahir salah seorang best friend aku…Adda!!
hepie birthday da..

Nie cno nyanyikan lagu birthday kt adda..hahaha..sorie klu x bez..






“EPIE BRITHDAY TO UE
EPIE BIRTHDAY TO uE
Epie birthday
Epie birthday..
Epie birthday to ue…"




-Semoga thn bru nie mendatangkan seribu erti buat diri Adda..
-Semoga berjaya dalam hidup..di dunia dan akhirat..
-Kembalikan semangat baru dlm hidup..ok?
-Semoga sentiasa chat n ceria..
-Semoga sentiasa dlam lindungan Allah..amin..
-Somoga bahagia disamping org ‘tersayang’

January 20, 2009

.:Malaz:.


ish3..mmg pemalas:P

uhuw..awal-awal aku da jadi seorang pemalas..nape erk?..sebab da mmg pemalas dh pun kot??tp aku bley berubahkan??sumenya depends kat diri aku sendiri..tapi nak buat cane..aku nie jenis yang x sedar-sedar diri ag..wawawawa..insyallah..aku akan kembalikan diri aku yang rajin.mcm dulu2..hahaha..bley buat ke Cik Nor Aslizan??..eh..i think i can do it!!..of course i can!!..sekarang nie rasa letih je..mcm manalah nak hilangkan rasa letih yang memanjang nie??sakit erk?..ntahlh..no komen..huhu..wateva pn..pedulikan sume 2..igt ape yg telah aku janji kat diri aku before dtg kt u for 2nd sem nie..aku kena buktikan gak..cane pn..aku kena buktikan..aku x nak kecewakan sume org yg harap+sygkan aku..ye x??

perjalanan hidup aku masih jauh(klu umr pjg)..aku kena bg ruang kat diri aku utk aku buktikan something yg aku da janjikan kat diri aku..

pedulikan kata org..yg penting diri sendiri..hua3

sem nie lebih penat drpd sem lps sbb aku da ddk mnyewa kat luar..lgpun..aku pnyer claz timetable mengejutkan aku sbb sume claz aku for diz sem stat pkl 8.30 pg..tiap-tiap hari sampai arie sabtu sbb aku pnyer ko Family In Islam pn pkl 8.30 pg..arie ahad je free..tp klu aku kena hndle LDK..alamatnya aku x ad cuti pn dlm seminggu..LDK stat dari pg sampai pkl 6 ptg..kena berebut bas plak 2..wawawawa..so.tired..
pe ag??..time balik bilik..aku TIDO..ish3..

p/s:"Ya Allah..berikanlah aku kesedaran..amin"

.:Diriku:.

pic2 kat bawah nie telah mengingatkan aku saat-saat manis time kat Kedah dan kat umah ..uhuw..especially pic kt kfc 2..ape maknanye??..hahaha..biarlah aku sorang je yang taw..huhu..inilah diriku:~



kt kfc Sg.Petani:)


hahaha..poyo:P


aku+anak buah



aku:)

January 18, 2009

.:Lelaki:.

Lelaki acuan al-quran ialah seorang lelaki yang beriman…

Yang hatinya disaluti rasa takwa kepada Allah s.w.t

Yang sentiasa haus dengan ilmu

Yang sentiasa dahaga dengan pahala

Yang solatnya adalah maruah dirinya

Yang tidak pernah takut berkata benar

Yang tidak gentar melawan nafsu

Lelaki acuan al-quran tutur katanya…

Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimiliki

Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicari

Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya penyayang.

Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh bersifat jembalang

Lelaki acuan al-quran menghormati ibunya…

Yang sentiasa berbakti kepada org tuanya dan keluarga

Yang bakal menjaga keharmonian rumah tangga.

Yang akan mendidik anak mendalami agama islam.

Yang mengamalkan hidup dengan kesederhanaan

kerana dunia baginya rumah sementara menunggu akhirat.

Lelaki acuan al-quran sentiasa bersedia untuk agamanya…

Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat saiyidina ali k.w.j
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara.

Yang sujudnya dengan penuh kesyukuran dengan rahmat Allah s.w.t

Lelaki acuan al-quran tidak pernah membazirkan masa…

Yang matanya kepenatan kerana kuat membaca.

Yang suaranya lesu kerana penat mengalun ayat al-Quran dan berzikir.

Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan

Yang bangun subuh dengan kesyukuran dan rahmat Allah s.w.t

Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kemalangan.

Lelaki acuan al-quran sentiasa mengingati mati…

Yang baginya di dunia adalah lading akhirat.

Yang mana buah kehidupan ini perlu dibaja dan dijaga.

Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia.

Yang kerana dia mengimpikan Syurga di situlah rumah impiannya..

Dialah lelaki acuan Al-Quran

.:Perlukah perpisahan??:.


Perlu ke perpisahan dlm hidup kte?? Org akan kata perpisahan perlu dan kte msti menghadapinya kerana perpisahan dan pertemuan adalah lumrah dlm hidup setiap manusia whether we like it or not.right??hurm..satu persoalan dan jawapan yang aku mmg dah dpt mengagaknya. Tapi, mengapa dan kenapa perpisahan perlu hadir di saat-saat aku x memerlu dan mahukannya dlm hidup aku? Tapi inilh takdirnya kite sebagai hambaNya. Kalu terjadinya perpisahan yang aku x inginkan nie..aku ttp redha dgn takdirnya dan aku hanya mahukan kekuatan utk aku teruskan hidupku..:P

Actually, aku x inginkan perpisahan sbb:~


  • Aku memerlukan kekuatan semula untuk bangkit sedangkan aku sudah serik
  • Aku dah x ada peluang utk senyum dan buatkan dirinya tersenyum padaku.:(
  • Apabila aku menyayangi seseorang..aku akan menyayanginya sepenuh hati aku.
  • Aku x merelakan perpisahan sbb aku tahu utk mengembalikan saat pertemuan yang manis itu hanyalah dlm mimpi(klu t’mimpi)..wawawa
  • Sesungguhnya..aku x merelakan perpisahan ini dalam hidup aku dan sebagai seorang yg memegang status PEREMPUAN, sudah menjadi lumrah hanyalah tahu bertindak mengikut perasaan..sOb3..i hate it!!!!
  • Aku akan menunggu dan terus menunggu sbb aku amat menyayangi dirimu..


"tak usah menangisi perpisahan, tetapi tangisilah pertemuan kerana tanpa pertemuan, takkan adanya perpisahan"



p/s: “Ya Allah elakkanlah perpisahan ini daripada terjadi dalam hidupku..Engkau dekatkanlah hatinya dan hatiku jika dirinya adalah yang terbaik dan tercipta untukku..amin”

.:Air Mata Hawa:.


keindahan kaum Hawa:)


Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak." "Saya tidak mengerti ibu," kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…"


Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."


Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:


"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.


"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.


"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.


"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.


"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.


"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.


"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.


"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."



:-camnielah wanita..uhuw..

.:Birthday Card:.

Sue..thnx for ur bezday card..i love it!!..hehehe.aku akn ingat kata-kata dalam kad 2 sampai bila-bila sbb aku taw yang mengetahui semua pasal diri aku hanyalah dirimu..thnx a lot for being my best friend..thnx coz sudi bagi semangat di saat-saat aku dah merasakan diri aku x mampu nk bangkit dan bertahan..aku sgt-sgt menghargainya..x taw mcm mana utk aku balas sue..lve ue so much!!!



thnx:)

“Jgn tangisi hari semalam dan hari esok sbb kedua-duanya hanyalah boleh membuatkan kita jatuh dan jatuh lagi. Ia hanyalah musuh utama kita kalau kite asyik memikirkan benda yang sudah lepas dan yang tak akan lagi kita ketahui apa yang akn berlaku..hargailah hari ini kerana hari inilah yang boleh membuatkan kite tersenyum kalau kita tahu untuk menghargainya”



p/s: miss cookie: thnx for ur cake:)

January 15, 2009

.:Geng Sehidup Semati:.



Hahahaha..rindu sgt2 kat korunk..(sue.nina.adda n tihah)..uhuw..skunk sume dah hmpir nk gapai cita2 msg2..ye x?.insyaallah..tbhkn hati dan teruskan perjuangan masing-masing..alg doakan kejayaan korunk..cOming soon..wokeh??..nie lh coretan perjalanan sedikit sebanyak yang bley aku coretkan pasal perkenalan kami sume di sms pasir puteh(scipp).bla igt blik..mmg kelakar..mcm2 ada..act. da lame knal tapi x rapat..kami sume rapat time ak same claz ngn nina n sue kat claz 4 Aisyah..still igt ag kena baling kapur ngan ust.Rahim sbb tido dlm claz time ust mngajar kt dpn..sorielh ust..ngantuk sgt2..klu nk taw..itulah rutin harian bdk2 scipp..tido je memanjang..lawak2..tapi yg jeleznyer sue ngn nina x kena pn ngn ust time tido..nk taw nape?..sb dyrng pnyer meja kt tepi pintu2..of course lah ust x npk..tido mampus lak 2..sue+nina?..igt x?..hahaha.adda n tihah mmg da rpt da pn.bez sgt kwn ngn geng aku nie..nk taw nape?

~klu nk pergi makan @ mane2 je lh..cnfrm skali..x ckp 5 org..mmg x sah dan klu x berlima itu bknlh geng ktrg nmenyer..:)

~em..plg bez..time ktrg sedih or hepie mmg akan ngez n gelak same2 x kira ssh @ sng..mmg akn share everything..rindu sgt2..huhu.klu sorng taw..sume kena taw dan yang paling sure..ktrg akn share sme2 dan discuss same2 mcmne nk settle kan prob yg ad..:)

~msk form 5 ktrng claz x sme..tp..still rpt mcm biasa..utuhnyer ukhwah kite..:)

~umah masing-masing jadi mcm umah sendiri..parents dyrng mcm parents aku gak..sampai skunk klu ada masa cnfrm akn pergi lepak n tido kat umah dyrng..uhuw..:)

~time form 4 dan form 5 sume bz ngn study dan menguruskan badan kepimpinan masing-masing..kitrng berlima mmg jadi ahli jwtan kuasa tertinggi dalam badan-badan kepimpinan kat skolah.so.kena buat kerja lebih dari org lainlh..huhu..penat sgt:(

Ok lh kot..klu nk cite sal kitrng sampai bila2 pn x habis..:)

P/s: alg rindu sgt kat korunk..klu masa bley diputarkan blik..alg nk ulang kembali saat-saat manis ngn korunk sume..huhu..skunk da ada di universiti..tp.korunk sume x ada pengganti di hati alg..kwn mcm korunk ssh utk alg jpe..yg plg byk alg jpe adalh kwn yg SELFISH!!..nasib2..tp x pe lh..dgn adanyer pengalaman akan terciptalah kekuatan dan pengajaran utk dijadikan ikhtibar dalam hidup aku..:)

.:Aduhai kolej:.


Akhirnya dan akhirnya aku x berjaya juga utk mendapatkan kolej setelah berpenat lelah buat surat rayuan+tebalkan muka utk berjumpa ngan tn.hasnor dan pak raden, habiskan kredit telefon dan kena marah +marah+marah.da x taw nk kira berapa kali aku ngn min kena marah..huhu..nasib badanlah..so tired+upset..dalam hidup aku..kena marah ngn org sudah jadi perkara biasa.tapi for dis time..aku x taw nape lah aku bley sdey sgt2 time kena marah ngn pengurus kolej..padahal bkn salah aku pn..nape lah kejam sgt????.aku pn x nak mengemis nak mintak simpati org klu bkn terdesak sgt2..aku pn ada maruah diri jugak...nape layan aku mcm sampah??..adoi..nasiblah badan..menitis air mata aku time pergi claz French diz wek..tp nasib baik bley ag aku nk cover..wa3..malang sungguh nasib aku diz sem..awal2 sem da trux..lpz nie x taw lah akan ada cahaya or makin malap dlm kesamaran..hanya Allah je yg taw.


Tp.x pe lah..cari punyer cari..akhirnyer dapat gak sewa umah kat seksyen 2. No.7/Jln Teratai.alhamdulillah.dkt dgn bus stp.sewa RM140 sbln per head.hope everything will be ok.daripada ramai2 yg bersama apply kolej..sekali lagi..akhirnyer aku dan min je yg ddk umah sewa sbb yg lain dapat kolej..rezeki masing-masing..nati bleylah p merempat kat bilik korunk?..hehehe


Thnx a lot kat dayah (my junior)+fara+dhira dan bee sbb bagi akak dan kak min tumpang bilik for 2 weeks..time-time mcm nie lh baru dapat taw sape kwn time ssh dan senang..mungkin inilah hikmah yg aku x nampak before diz..:P




p/s: “Ya Allah.kau berikan lah aku kekuatan dalam mengharungi setiap ujian yang kau berikan kepadaku dan tabahkanlah hati hambaMu ini”..amin..

.:5hb Januari 2009:.


Arinie genaplah umur aku 21th..da makin tua dah aku nie..umur dah makin meningkat..tp aku rase x matured ag..hai..bilalah nk berubah menjadi org yg berguna???..tepuk dada dan tanyalah diri sendiri Cik Nor Aslizan..utk thn bru 2009 dan sempena hari lahir aku ke 21th nie.aku harapkan:-


~Allah berikan aku kekuatan utk menghadapi dan menerima ujian dan takdirnya dgn hati yg redha dan tenang.


~Jadikan aku manusia yg tahu utk mengenang budi+bersyukur+sedar diri.


~Jadikan peristiwa pahit semalam sebagai penguat semangat utk aku bangkit dan kembalikan diri Cik Nor Aslizan yg kuat semangat dan tidak mudah berputus asa.


~YOU CAN DO IT!!!!

:p


p/s:

Thnx a lot kat sume yg wish bezday kat aku on dat day..terharu sebab still lagi mengingati hari lahir aku.


To someone special:~



~Thnx 4 ur present..insyallah ia nya akan dijadikan panduan dalam hidup.

~Thnx 4 everything.walaupun kdg2 kite merasakan antara kite makin jauh dan jauh..tapi dalam hati nie..

“my heart just for u dear”..:)

.:1st day at UiTM Shah Alam for the 2nd sem :.


Selepas menumpang kat umah sue dan anis utk 2 harie..aku kembali menjejakkan kaki di uitm shah alam utk 2nd sem.kembali dgn azam baru kot..hahaha..setelah 1 sem x berjumpa dgn adik bucuk aku..kitrg akhirnyer berjumpa balik di uitm shah alam..huhu..memandangkan aku x dapat kolej dan still menuggu rayuan..aku terpaksa menumpang di bilik adik bucuk..hehe.time 1st day kat bilik nie aku da rasa segan al-maklumlah time tgk farad+dhira+bee yg mcm friendly tp x mcm friendly..buat aku dan min rase nk blah cepat2..tp..dyrng sebenarnya sporting..luar je nmpak semacam..hahaha..thnx korunk..


Kt bwh nie pic2 yg sempat aku ambik time keluar ngn min dan adik bucuk:-



uhuw:)




dayah+cnoor+min




budak-budak prasan..heh3

.:Jalan-jalan:.

Pagi khamis 18/12 lpz..ntah nape aku rase tetiba je rindu kat nina dan sue..al-maklumlah cuti sem da nak habis..tp.x pernah keluar bersama pn..sume bz..disebabkan ngn pkwe bley keluar..xkan ngan along x bley nk keluar kot..ye x ngah?..hahaha.pagi-pagi ag aku da msg nina tnya bley keluar or tak dan dy gtaw bley..disebabkan dy ad lesen keta..kena tanya dy dululah.diver 1st..hahaha.klu x..mcmne nk p lepak? kui6..aku nie lesen je yg ad..tp takut nk bawak keta..kebetulan hari 2 sue x ada driving claz..so..cantek!!..ktrg kuar je lah arie 2.nina p ambik sue dlu and then baru dtg ambik aku...bez sgt..p lepak kt kb mall.mkan kt chicken rice shop dan mcm2 ag..tp yg x bez ktrg bkn keluar berlima tp bertiga je dan aku kena bwk ank buah aku Nur Dina Izwana..nk menyibuk..x pe lah Dina.cik sue bawak Dina..terpaksa melayan ank buah aku..huhu.dpt jadi ibu utk arie 2..hahaha..lawak2..memandangkan keluar umah pn dh lmbt.aku pn sampai umah lpz mghrb..nasib baik nina hantarkan..klu x.cnfirm kena soal siasat ngn mak aku..ye lah..nak keluar umah punyalah susah nk kasi..time dapat green light balik lambat plak..hua3..so sorie mom..:(




Kat bwah nie pic2 yg sempat aku ambik time keluar on dat day:-



dina+angah



muka sempoi:)



keindahan alam..






angah+sue+cnoor




posing:)









January 14, 2009

Sahabat Sejati..

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).

Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

Madah Persahabatan..

anganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.

Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya

Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu.

Teman ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan. Tapi sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.

Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.

Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.

Persahabatan yang begitu erat punya pengertian yang dalam bagi kita yang menghargainya

Tidaklah kita dapat mengenal oranglain melainkan dengan 3 waktu.Tidak dapat diketahui adakan seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah. Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang. Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan.

Dua sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka.

Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.

Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.

Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran.
Dialah hiasan dikala kamu senang dan perisai diwaktu kamu susah.

Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.

Sahabat adalah anugerah Tuhan untuk menjaga kita
Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan,
tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain tetapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.

Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman,
jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan
kerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya. Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat keduanya.

Related Posts with Thumbnails