SPECIAL PRICE & SPECIAL DISCOUNT?? HARGA TERMURAH?? SET SHAKLEE TERBAIK??

March 2017 SHAKLEE Promotion: Buy 1 FREE 1: Lecithin Buy 4 AT 3: Vita-Lea For Children
For all order inquiries, please contact 0142149010. I'll respond to you shortly and appreciates your patience and support. Tq!

April 22, 2013

ini saya.he!

Assalamualaikum dan selamat tengahari

bad day arini. kene marah/tegur dengan magistrate. wow!! sgt hebat kan seorang magistrate? dapat buat ak t'pinga-pinga tanpa kata. adoyaii. ok lah. aku admit apa yang dia tegur. thanks tuan. orang kata time chambering lah buat kesalahan banyak-banyak sebab zaman chambering adalah time t'baik untuk buat kesalahan dan belajar. itu pesanan lecturer. sampaikan akak lawyer kat tepi ak bisik. 'dia saje je nak test awk tu'. ok fine sebab i'm a chambering student.he!

banyak pengalaman suka duka sepanjang chambering. hanya Allah je tahu. semoga Allah permudahkan my journey. banyak sedih dari happy. inilah real world. baru peringkat permulaan. lepas ni mungkin lagi hebat kan? siapa tahu. susahnya nak jadi lawyer.tsskkk! :'(

nie selingan bila tengok gambar kat bawah. senyum sesorang. zaman kecik2 dulu :p
tak banyak gambar masa kecik. nie pun t'jumpa beberapa keping >.<

with my sis. nie tak tahu umur brp.haha! :p

seksi.oppps! he :p

 post signature

April 18, 2013

Hello weekend :))

Assalamualaikum

harini hari KHAMIS. maknanya saya half day. hip hip hooreyyy!! semangat nak buat kerja pun dah makin surut sebab fikirkan esok cuti. dapat lari dari kepenatan kerja untuk 2 hari.haha!

plan untuk  weekend?? of courselah tak ada sebab keseorangan je. membe semua tak ada yang stay dekat dekat. memang habiskan masa d'rumah dan hari sabtu malam. perkara wajib buat. pergi pasar malam.haha!
tadi tertengok bilik tido yang  cantik-cantik+cute. adoii. if dapat habiskan weekend beradu kat bilik macam ni. memang. fushhh.. best sesangat!!! tapi bile agaknye? :p

confirm tidur tak bangun-bangun.miahahaha!

 cantik!

 agak-agak boleh buat bilik idaman lepas kahwin tak? :p
 
zaman bujang bilik macamni ok sesangat!!

bilik anak perempuan pinky!!
post signature

April 17, 2013

Do not love the one who does not love Allah..

Assalamualaikum dan selamat pagi



renungan bersama d'pagi Rabu :))
Semoga ALLAH Permudahkan Urusan Harini dan Seterusnya.. in syaa Allah

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."
 Maksudnya: "Ya Allah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan."

post signature

April 12, 2013

Semakan Pemilih Dan Lokasi Mengundi PRU13

Assalamualaikum dan selamat petang

dah daftar mengundi belum? if belum. boleh daftar lagi ke?hehe! untuk sesiapa yang ingin menyemak nama dan lokasi tempat mengundi serta saluran mana. boleh lah semak di link SPR ni ye? klik kat sini atau bawah ni:


JALANKAN TANGGUNGJAWAB KITA! cewahh! #excited sebab ni first time ak mengundi. nak undi siapa? parti mana? undi adalah RAHSIA. semakin banyak propaganda semakin ak rasa meluat. opps!!

nie yang ak punye!! Ambo Ore Klate :))

SELAMAT MENGUNDI!!
post signature

April 11, 2013

Mitigation #memories

Assalamualaikum dan selamat pagi

semoga Allah permudahkan semua urusan kita harini.In sya Allah :))

inilah fail pink yang ak bawa k'hulu-hilir d'magistrate p.puteh :))

semua chambering student kena siapkan or settle kan legal aid duties before boleh admit to the bar or long call. bukan sikit ye? 14 ok!! haha! time dengar dulu rasa macam nak pengsan. mampu ke nak settle kan semua dalam tempoh 3 bulan after short call? In sya Allah boleh buat. if buat consistent dan every week. 2 kali seminggu. In sya Allah boleh settle. kat kelantan semua wajib buat 10 dock brief dan 4 lagi depends nak buat remand or apa-apa je lah. so nak tak nak memang kena tunggu 3 bulan after short call baru boleh buat mitigation. lain negeri lain legal aids dyrang. depends dekat state bar committee masing-masing. kitaorang d'klate semua dock brief :))

First time buat kak abi yang handle kitaorang suruh datang court k.bharu dulu tengok chambee lain buat mitigation. al-maklumlah ak duduk jauh. p.puteh-k.bharu sejam nak ulang alik dan nak drive jauh-jauh still lagi tak berani. kena b'panas tunggu bas. balik rasa nak demam itu normal. if hari-hari macam tu. pengsan ak. haha! nasib baik kak abi bagi ak buat mitigation dekat magistrate pasir puteh je. jadi tak de lah penat sangat nak ulang-alik. ak pulak k'seorangan d'pasir puteh sbb ak sorang je chambering student kat sini.

mitigation macam biasa debar+cuak tak payah cakaplah sebab first time face to face dengan magistrate. dan ni bukan macam mock trial depan lecturer dh. kena tolong OKT yang betul-betul buat kesalahan. OKT bagi amanah untuk kita tolong buat rayuan. kebanyakan daripada OKT tak tahu langsung untuk buat rayuan. kesian. sebab tu rasa nak tolong sangat dyrang. pikul amanah. dengan anak kecil+wife pregnant+etc buatkan rasa mereka patut d'tolong. tak boleh judge mereka atas kesalahan yang mereka buat. kadang-kadang terlibat d'sebabkan pengaruh rakan dan sebagainya.

interview dyrang d'lokap dan tolong buat rayuan depan magistrate. cuak!! tambah-tambah ak yang pemalu neh.auuuw! 1st day ok. but 2nd day. cuak t'lebey sampaikan ak t'lambat introduce diri. memang kene tegur dengan magistrate. malu!! tutup muke dalam selimut.haha! but i admit that. memang salah ak!. nasib baik muka magistrate ada iras-iras che abe.haha! tak pe lah. tak da kenangan yang memalukan diri sendiri tak best lah kan?haha!

"Dengan Izin Tuan, saya........ Pelatih Dalam Kamar dari Tetuan Syariful & Wan Zul hadir bagi pihak Pusat Bantuan Guaman mewakili OKT dalam kes ini....." :))

sekarang tengah counting 14 YBGK duties. baru buat 6. ada lagi 8?? mak oii. banyak lagi!! sebab magistrate p.puteh b'sidang 2x je seminggu dan sekarang start Mac lepas buat banyak sehari pun d'kira 1. tssskk! nak tak nak. tengah bulan 5 jugak lah baru ak mampu habiskan. pray for me ye? :))

dengan sebahagian geng chambee yang start sekali. 
same-samelah b'tungkus lumus settlekan legal aid duties:))
post signature

April 10, 2013

Ethics & Professional Standards Course #memories

Assalamualaikum dan selamat pagi

d'sebabkan berazam dah tak nak bagi blog bersawang macam dulu. nak share  kenangan pergi exam ethics & professional standard course bulan lepas. exam ni wajib untuk semua chambering student ye? boleh dikatakan ini last exam. if lepas. in sya Allah boleh lah jadi lawyer. nak test ethics kita macammana. wallahuallam..belajar penat-penat sampai habis LLB pn still kena exam ye? siapa kata nak jadi lawyer senang? #cewah. he!

ok. tahu sangat dah memang basi sangat cerita nie. tapi if tak tulis kat sini takut nanti lupe.he! sebelum pergi exam. dalam 2 months before that kena register dengan Bar council dulu. kena bayar RM50 untuk online dan RM150 dekat bendahari Bar Committee negeri masing-masing untuk dapatkan file manual hard cover hitam yang berat tu.he! dalam tu ada notes untuk exam nanti. lepas dah pos semua dekat Bar Council dan dalam surat tulis bila kita available boleh ambil exam. just tunggu je lah :)) nanti Bar Council akan hantar surat inform bila kita kena pergi exam. kena cepat-cepat reply sebab takut nanti jadi macam ak.he! even dia tulis on 13 & 14 March. if kita lambat replay. dia akan kata first come first served. jadi kena cepatlah. kalau ambil awal pun tak pe. just in case kita kene repeat. kita boleh ambil exam before kita habis tarikh chambering.

untuk sesiapa yang jauh bolehlah stay kat Hotel A-One or Chill In. ok sangat sebab jalan kaki tak sampai 5 minit dan dapat tengok Bar Council dari hotel. harga pun berpatutan dan service pun ok. makan tak payah risau sebab kedai mamak banyak dan dekat masjid jamek. boleh shopping. Mc D pun ada :) kalau nak stay umah kawan. boleh naik LRT then turun kat masjid jamek. jalan kaki. tak sampai 10 minit dah sampai :)

 
course ni ambil masa dua hari. 1st day untuk lecture start dar pukul 8 am - 530 pm dan esoknya start dari 830 am -12 pm  untuk exam. untuk lecture. tolong concentrate sebab banyak hint dia kasi even bosan teramat.he! exam boleh open book. refer pada manual yang disediakan oleh bar council. even boleh refer tapi bagi ak soalan susah dan tak sempat.huk3. if fail 1 part je consider fail semua. means that kena lulus semua 5-5 parts baru consider lulus. bahayakan? nak t'cabut jantung!! dan if nak study awl dan rasa notes dalam file tu susah faham. boleh mintak dengan senior sample past year questions dan notes. banyak membantu. jangan lupa bawa pensel sebab ada soalan objektif selain subjektif. lepas habis exam kena pergi luncheon d'Royal Selangor Club. ajar cara-cara makan dengan penuh keprofessionalan. gitu!! he!just jalan kaki je pergi sana :)

ak sendiri pun tak tahu lagi macammana nasib. doa sangat-sangat mintak lepas.huhu. Ya Allah permudahkanlah. dengar cerita if lepas Bar Council terus kan hantar sijil dan if tak lepas kita akan dapat fax after 2 weeks kita ambil exam ni. #cuak #debar

#UPDATE - Alhamdulillah. syukur. akhirny lulus. da dapat certificate dari Bar Council selepas sebulan lebih tunggu. dah tak ada demam+x ada selera makan ye?haha! sangat2 cuak menunggu result. kepada kawan2 yang tak lepas. jangan give up. teruskan usaha. good luck! :))

dalam lecture hall d'BC

after luncheon

geng #uitm #uia

sempat snap odw balik hotel #uitm #uia
tak sempat nak bergambar dengan geng kelantanese yang lain sebab cookie+tan+saiful+nazri tak ambik exam time tu. just pergi lecture je. good luck untuk exam this month 11/04/2013 :))

thanx a lot to lin+yani sebab temankan kat sana. even baru kenal time chambering. tapi da macam family sendiri. thanx a lot even berlainan u :))

tengah tunggu tan d'LCCT. thanx yani sudi belanja :))
hang out after exam :))

Good Luck untuk sesiapa yang akan ambil exam nie :))

post signature

Filing Borang 1 & 2 #memories

Assalamualaikum

macammana hari ni? sihat? he! ok. entry ni ak tulis khas untuk rujukan sesiapa or adik-adik yang nak b'chambering  dalam erti kata lain untuk sesiapa yang baru nak filing borang 1 & 2. dah masuk bulan ke-6 chambering baru b'kesempatan nak tulis pasal ni. even tak banyak. tapi hopefully dapat lah bayang-bayang macammana nk pergi filing kat court kl. jangan jadi macam ak yang memang tak tahu langsung nk buat.hehe! tapi Alhamdulillah berbekalkan blog-blog dari senior yg ak google kat internet banyak membantu. thanx sangat-sangat. lagipun ak b'chambering kat Kelantan. memang jauhlah nak pergi. dan masa filing dulu ak pergi dengan BFF ak Farah dan Azril. at least  tak ade lah macam rusa masuk kampung #eh?he!

1st day (11.10.2012)
memang awal2 pagi dah bangun dan malam tu kitaorang pergi survey dulu court kl kat mane (memandangkan kami jauh dan x pernah pergi sana kelantan+perlis.jakun sgt! he!). bukan apa. takut esk sesat nak pergi filing. make sure anda semua sediakan RM200 untuk semua kos d'court d'kl. ak on that day habis lebih kurang RM170. dan make sure borang 1 &2 dah complete ye? salinan ic+semua benda yang diperlukan d'susun ikut turutan (ic+surat beranak+surat pengesahan pointer dari u masing2 if belum dapat real certificate+master details (print dari bc)=make sure semua salinan d'sahkan oleh lawyer dan bukan master sendiri). dan make sure tulis d'borang tu betul especially universiti mane. tarikh bila. kene eja dan tiada short form. ex. Universiti Teknologi Mara (UiTM). tak boleh ye?he! silalah pakai black & white ye? jangan lupe bawa air mineral. bukan apa. takut pengsan sebab penat turun naik tangga.he!


ok.here we go! sampai kat depan court kl. datang awal ye? untuk mengelakkan jem+dapat parking+tak kelam kabut sangat. masuk ikut pintu depan dan cari RKK. masuk je akan jumpa tangga macam drama hindustan gitu.haha! naik dan RKK d'sebelah kiri anda. pergilah kat sane suruh akak-akak kat kaunter tu cek semua salinan+borang2. if dia kata ok! then turun bawah kat kaunter bayaran untuk bayar pesuruhjaya sumpah+bayar untuk filing semua borang. kat sini lah penat sebab anda kene ulang alik kaunter sebelah kanan dan kiri untuk settlekan semua benda.boleh kurus! dun worie. tak payah risau if anda keliru abang+akak kat kaunter akan beritahu step2. jangan malu bertanya :)

kalau datang awal. boleh tunggu d'kerusi kat sini :)
sila cari yang ni ye? takut tersesat :)

selepas settle semua bayaran dan e-filing borang-borang. kene potostat sebanyak 20 salinan. yang nie anda perlu pergi dekat cafe dan akan jumpa kat tengah-tengah cafe ada kedai buku dan mesin potostat. bagi borang-borang kat akak or abang kat situ. diaorang dah taw berapa byk salinan yang d'perlukan. anda tunggu bayar je. if nak makan. bolehlah makan kat cafe+if duit habis ade atm before sampai cafe.he!

then. proceed ke RKK kasi kat akak d'kaunter borang yang d'potostat dan dia kan kasi yang selebihnya untuk kita hantar d'Bar Council dan AG d'Putrajaya. biasenya if tak ramai chambering baru. dalam pukul 12 pm dah settle d'court kl but it depends. kadang-kadang sampai petang pun still tak habis.memang penat!

untuk sesiapa yang tak tahu macammana nak pergi ke bar council. biasanya ade shuttle van kat depan court. warna putih. bayar RM2 dan abang driver akan hantar terus kat depan Bar Council. if nak pergi naik LRT. boleh turun dekat stesen Masjid Jamek dan jalan sikit je. da sampai. dalam 10 minit lebih kurang :)) ok lupe nak beritahu. bas rapid pun ada pergi court. tapi lupa no berapa. sorie.he! then. serve lah borang-borang anda kt abang d'kaunter and make sure dia cop kat belakang ye? dekat salinan original.

lepas settle d'bar council bolehlah terus ke putrajaya untuk serve d'AG plak. make sure AG kat Presint 1 ye? dekat dengan JPA+SPA. jangan jadi macam kitaorang tersesat sampai AG presint 3.haha! serve dekat abang d'kaunter depan pintu masuk. if lapar bolehlah makan kat cafe sebelah dan if nak solat. kat tepi kaunter abang 2 jalan sikit je ade surau :)

ok. settle cerita.he! lepas dah balik negeri. kene filing borang+affidavit+serve kat High Court+pos dkt BC+AG. done!


credit gambar comei-comei to Miss Cookie sb ak x sempat nak ambil gambar. thanx kie :))
 post signature

April 9, 2013

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum dan selamat pagi

seriously. dah b'bulan-bulan tak update blog ni d'sebabkan kekangan masa yang tak mengizinkan. dalam erti kata lain masa mencemburui aku.he! dulu lain sebab masih lagi belajar dan berada d'zaman universiti. sekarang lain sebab da masuk zaman chambering@pupillage@pelatih dalam kamar@peguam pelatih. begitu banyak @ d'situ.he! dah masuk zaman pre bekerja. Alhamdulillah so far da masuk bulan ke 6 b'chambering and 3 months to go untuk habiskan latihan or b'gelar peguam pelatih. tak sempat nak tulis pasal chambering kat sini. in syaa Allah jika ada kesempatan. ak akan coretkan d'blog ni untuk kenangan dan rujukan.

Actually just nk tulis pasal BFF kahwin je. tak menyempat.he! congratulations to Siti Norsyahida dan husband. percintaan dari zaman sekolah menengah lagi ni. even kitaorang berlainan sekolah. tapi still lagi dapat m'hidu bau nye.haha! congrats. semoga berbahagia hingga k'syurga. b'kawan rapat sejak sekolah rendah dan peneman pergi mane2. dia lah orangnya. dari dulu sampai sekarang. seriously rasa dah k'hilangan tempat nak b'hang out. selfish kn saya? he!

suka sangat majlis dyrang sebab simple tapi semua ada. maknenya x perlulah nk b'budget besar if budget kecil tapi can make it simple dan everything complete :)

k'da dan husband :))
ambik berkat dengan pengantin baru.he!






 yang ni gambar dengan Atika. majlis awl 2 bulan dari k'da. also simple dan sweet je. congrats :))

sempat pergi teman pengantin kat masjib Ibrahimi. nervous.he!

yang nie pun BFF skul ren sampai sekarang. Adyani!! da cantek sgt2 cikgu kite!
1st entry dalam tempoh chambering?hehe! hopefully lepas ni akan lebih rajin m'update blog #notetomyself :p
post signature

Allah knows..

Allah knows..
When you feel all alone in this world
And there’s nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows

When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows

No matter what, inside or out
There’s one thing of which there’s no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows

When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows

When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows

You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows

Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows. 

Allah knows..

perjalanan masih lagi jauh...
post signature

November 19, 2012

Dear : Who ever


Dear: Who ever 

I did not come into this world with the intention to be perfect, 
I was never trained to please or to satisfy anyone, 
I never really knew what to expect when I came to this world at first all people had for me is love now I get hurt than never before, 
it took me sometime to realize how things work. 

To be perfect is not my dream 
but its what I work to become everyday just take me as I am 
and with you knowing my faults and me 
knowing your faults perfection is not that far.

*Best Quotes
post signature

November 5, 2012

Oh! Ganglion


What is it?
  • In the hand, a ganglion is a particular type of lump which shows up next to a joint or a tendon. Inside, it is like a balloon filled with a thick liquid. It may be soft or hard, may or may not be painful, and may get bigger or smaller on its own. It may also be referred to as a mucous cyst, a mucinous cyst or a synovial cyst.
What caused it?
  • Normally, joints and tendons are lubricated by a special liquid which is sealed in a small compartment. Sometimes, because of arthritis, an injury, or just for no good reason, a leak occurs from the compartment. Now, the liquid is thick, like honey, and if the hole is small, it can be like having a pinhole in a tube of toothpaste - when you squeeze the tube, even though the hole is small and the toothpaste is thick, it will leak out - and once it is out, there is no way it can go back in on its own. It works almost like a one way valve, and fills up a little balloon next to the area of the leak. When we use our hands for normal activities, our joints squeeze and create a tremendous pressure in the lubricating compartment - this can pump up a balloon leak with so much pressure that it feels as hard as a bone.
  • The lubricating liquid has special proteins dissolved in it which make it thick and also make it hard for the body to absorb it when it has leaked out. The body tries to absorb the liquid, but may only be able to draw out the water, making it even more thick. Usually, by the time the lump is big enough to see, the liquid has gotten to be as thick as jelly.
Mucous CystFlexor tendon sheath cystDorsal wrist ganglion
Volar wrist ganglion
  • Common sites for ganglions are:
    • The wrist - on the back ("dorsal wrist ganglion"), on the front ("volar wrist ganglion"), or sometimes on the thumb side. These come from one of the wrist joints, sometimes aggravated by a wrist sprain.
    • The palm at the base of the finger ("flexor tendon sheath cyst"). These come from the tube which holds the finger tendons in place, and are often due to tendon irritation - tendinitis.
    • The back of the end joint of the finger ("mucous cyst"), next to the base of the fingernail. These can cause a groove in the fingernail, or rarely can become infected and lead to a joint infection. These are usually due to some arthritis or bone spurs in the joint.
source: http://www.eatonhand.com/hw/hw013.htm

-

-
-
-
-
-

Makin besar..

Risau pun ada bila tengok bengkak kat tangan makin lama makin besar. tapi nak buat macam mana disebabkan takut kene operate if pergi hospital. terpaksalah buat bodoh. Tapi, bengkak nie makin besar. so? apa patut ak buat? pergi hospital dalam masa terdekat nie memang bukan keputusan ak lagi. maybe sebab ak tak rasa sakit. Lately nie ak perasan tangan kiri dah cepat lenguh if menaip di computer lama-lama sangat.
post signature

November 2, 2012

♣ Meletakkan Kebergantungan Hanya pada Allah s.w.t

Copied from Farah Lee's Blog. thanx 4 diz entry Farah :)

..........................................................................................

Ce teka apa hikmah Allah hilangkan orang yang kita sayang dari kita..?

.
.
.
.
.
.
.

  
‘Hikmah kehilangan orang tersayang adalah supaya kita belajar untuk meletakkan kebergantungan hanya pada Allah’

  
Kembali melihat diri, dalam kehidupan seharian, kita sering bergantung kepada manusia lain. Iya kan.? Kita nak duit, kita minta pada ayah kita. Kita sedih, kita cari mak kita. Kita putus cinta, kita cari kawan baik kita. Kita happy, kita celebrate dengan pasangan kita. Kita nak shopping kita minta suami belanja kita (#eh)

Hikmahnya macam tu lah. Bila kita dah biasa berharap pada manusia, sampai masa Allah hilangkan mereka dari kita, kita akan rasa “Waaaa.. I dah kehilangan tempat bergantung uols”.

Padahal, Yang Maha Memberi itu adalah Dia. Yang Maha Mendengar itu adalah Dia. Manusia ni sebagai medium je. Kalau betul kita hanya bergantung pada Allah, kita takan sedih bagai nak rak, bertahun-tahun, robek-robek dada bila orang yang kita sayang tu pergi dari kita. Sebab kita ada strong faith yang Allah tetap ada untuk kita. Allah takkan pernah hilang.  Dan tempat bergantung kita takkan pernah kurang.

Bukanlah kata saya kita tiada ruang untuk bersedih saat orang tersayang lenyap dari hidup kita. Ya, kita ada hak untuk bersedih. Rasul kekasih Allah juga bersedih tetapi biarlah kesedihan itu berpada-pada.  Dan pada saya, bila kita selalu mengajar diri untuk tidak terlalu meletakkan pengharapan seratus peratus pada manusia sekeliling, kesedihan itu tidak akan berpanjangan dan dapat di kawal.

Sementara itu, saya ada lagi satu soalan.

Siapa manusia di dunia ini yang paling kuat hatinya.?

Ya, sudah tentu Rasulullah bukan.? Jom kita perhati kembali kisah-kisah hidup yang berlaku pada baginda yang berkait rapat dengan penulisan saya kali ni.

Ketika baginda dilahirkan, baginda tidak dapat pernah merasa kasih sayang seorang bapa, Abdullah. Pada umur kanak-kanak, baginda kehilangan lagi kasih sayang seorang ibu, Aminah. Nasib baik ada datuk, Abdul Mutalib dan bapa saudara, Abu Talib yang penyayang. Tidak lama selepas itu, datuk kesayangan pula pergi lenyap dari hidup baginda.  Tinggallah baginda bersama-sama bapa saudaranya sehingga ditemukan jodoh oleh Allah dengan seorang perempuan hebat, Khadijah. Tetapi kegembiraan itu tidak berpanjangan apabila isteri tercinta lebih awal pergi menghadap Ilahi dan sekitar masa yang sama, bapa saudara tersayang juga pergi tanpa pernah mengucapkan syahadah.

Hebat. Sungguh hebat dugaan yang Allah berikan kepada kekasihNya. Untuk apakah dugaan-dugaan sebegini diberikan.? Jelas untuk mengajar baginda supaya tidak meletakkan kebergantungan kepada manusia yang baginda sayangi. Sebab itu orang tersayang baginda diambil Allah silih berganti. Ia mengajar baginda untuk meletakkan pengharapan hanya padaNya. Sebab itu juga, hati baginda menjadi kuat. Menjadi sangat kuat melalui hikmah-hikmah sebegini.

Justeru (justeru gittew :p) untuk menjadi kuat seperti baginda, ayuh kita belajar untuk redha dalam setiap kehilangan dan memandang kepada hikmah dalam setiap dugaan.  Dan sentiasa remind diri, kebergantunganku seratus peratus hanyalah kepada Allah. Annyong.!


*bertanya pada diri sendiri mampu ke tak untuk menjadi sekuat Rasulullah. semoga Allah sentiasa memberi kekuatan dan kesabaran dalam menempuhi hari-hari mendatang kepada kita semua. insyaAllah !
post signature  

August 8, 2012

♣ Sharing is Caring :)

Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.
 

Assalamualaikum dan salam Ramadhan..

Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."

Semalam 

Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulah saya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tentang bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.






p/s: wow!! ttbe rasa pendapat nie sgt2 baik. insyaAllah..

copy+paste from blog Fatin Liyana .thanx 4 da info. nice entry :)
post signature

May 2, 2012

HAHA!! it's true :)


 gelak sorang-sorang tgk picx nie.hehe! life as a law student yg makin lame makin x tahan. bz.bz.bz!!
cptlh abis LL.B!! nk senyum cpt2!! :P
post signature
Related Posts with Thumbnails