Copied from Farah Lee's Blog. thanx 4 diz entry Farah :)
..........................................................................................
Ce teka apa hikmah Allah hilangkan orang yang kita
sayang dari kita..?
.
.
.
.
.
.
.
‘Hikmah kehilangan orang tersayang adalah supaya kita
belajar untuk meletakkan kebergantungan hanya pada Allah’
Kembali melihat diri, dalam kehidupan seharian, kita
sering bergantung kepada manusia lain. Iya kan.? Kita nak duit, kita minta pada
ayah kita. Kita sedih, kita cari mak kita. Kita putus cinta, kita cari kawan
baik kita. Kita happy, kita celebrate dengan pasangan kita. Kita nak shopping
kita minta suami belanja kita (#eh)
Hikmahnya macam tu lah. Bila kita dah biasa berharap
pada manusia, sampai masa Allah hilangkan mereka dari kita, kita akan rasa “Waaaa.. I dah kehilangan tempat bergantung
uols”.
Padahal, Yang Maha Memberi itu adalah Dia. Yang Maha
Mendengar itu adalah Dia. Manusia ni sebagai medium je. Kalau betul kita hanya
bergantung pada Allah, kita takan sedih bagai nak rak, bertahun-tahun, robek-robek
dada bila orang yang kita sayang tu pergi dari kita. Sebab kita ada strong
faith yang Allah tetap ada untuk kita. Allah takkan pernah hilang. Dan tempat bergantung kita takkan pernah
kurang.
Bukanlah kata saya kita tiada ruang untuk bersedih
saat orang tersayang lenyap dari hidup kita. Ya, kita ada hak untuk bersedih.
Rasul kekasih Allah juga bersedih tetapi biarlah kesedihan itu berpada-pada. Dan pada saya, bila kita selalu mengajar diri
untuk tidak terlalu meletakkan pengharapan seratus peratus pada manusia
sekeliling, kesedihan itu tidak akan berpanjangan dan dapat di kawal.
Sementara itu, saya ada lagi satu soalan.
Siapa manusia di dunia ini yang paling kuat hatinya.?
Ya, sudah tentu Rasulullah bukan.? Jom kita perhati
kembali kisah-kisah hidup yang berlaku pada baginda yang berkait rapat dengan
penulisan saya kali ni.
Ketika baginda dilahirkan, baginda tidak dapat pernah merasa
kasih sayang seorang bapa, Abdullah. Pada umur kanak-kanak, baginda kehilangan
lagi kasih sayang seorang ibu, Aminah. Nasib baik ada datuk, Abdul Mutalib dan
bapa saudara, Abu Talib yang penyayang. Tidak lama selepas itu, datuk
kesayangan pula pergi lenyap dari hidup baginda. Tinggallah baginda bersama-sama bapa
saudaranya sehingga ditemukan jodoh oleh Allah dengan seorang perempuan hebat,
Khadijah. Tetapi kegembiraan itu tidak berpanjangan apabila isteri tercinta
lebih awal pergi menghadap Ilahi dan sekitar masa yang sama, bapa saudara
tersayang juga pergi tanpa pernah mengucapkan syahadah.
Hebat. Sungguh hebat dugaan yang Allah berikan kepada
kekasihNya. Untuk apakah dugaan-dugaan sebegini diberikan.? Jelas untuk
mengajar baginda supaya tidak meletakkan kebergantungan kepada manusia yang
baginda sayangi. Sebab itu orang tersayang baginda diambil Allah silih
berganti. Ia mengajar baginda untuk meletakkan pengharapan hanya padaNya. Sebab
itu juga, hati baginda menjadi kuat. Menjadi sangat kuat melalui hikmah-hikmah
sebegini.
Justeru (justeru
gittew :p) untuk menjadi kuat seperti baginda, ayuh kita belajar untuk
redha dalam setiap kehilangan dan memandang kepada hikmah dalam setiap
dugaan. Dan sentiasa remind diri,
kebergantunganku seratus peratus hanyalah kepada Allah. Annyong.!
*bertanya pada diri sendiri mampu ke tak untuk menjadi sekuat Rasulullah. semoga Allah sentiasa memberi kekuatan dan kesabaran dalam menempuhi hari-hari mendatang kepada kita semua. insyaAllah ♥!
0 cOmment{s}:
Post a Comment
thanks ◕‿◕✿