SPECIAL PRICE & SPECIAL DISCOUNT?? HARGA TERMURAH?? SET SHAKLEE TERBAIK??

March 2017 SHAKLEE Promotion: Buy 1 FREE 1: Lecithin Buy 4 AT 3: Vita-Lea For Children
For all order inquiries, please contact 0142149010. I'll respond to you shortly and appreciates your patience and support. Tq!

October 13, 2014

Simple Engagement 30.05.2014

Assalamualaikum w.b.t

last week share serba sedikit pasal pernikahan dan arini nak share pasal pertunangan kitarang.. boleh dikatakan sangat-sangat simple. Alhamdulillah itulah plan yang sebenarnya kami harapkan sebelum nie. make it as simple as we can.. dan hanya keluarga dan kawan 3 or 4 orang je tahu. bukan apa. even dah bertunang pun kita still tak tahu samada dia jodoh kita ke tak, di hari akad nikah dia ada ke tak.. semuanya negative thinking, tapi kita tidak boleh nafikan percaturan Allah s.w.t. kita hanya mampu berdoa dan semua berlaku adalah dengan izinNya. jadi sebab itulah kitarang decide tak perlu dihebahkan.. tapi terpulang kepada diri masing-masing. lagi satu bakal tunang (suami sekarang) selalu berpesan biar kita low profile.he!


perancangan bertunang pun last minute plan. plan bulan 4 bulan 5 kitarang bertunang 30.05.2014. untung jugak buat simple. pelamin, khemah semua tak ada. mekap tempek bedak sendiri macam pergi office, pakai baju kurung biasa sarung cincin dalam bilik. dah siap.he! dapat save banyak budget dan boleh digunakan untuk preparation perkahwinan sbb kitarang plan bertunang sekejap je dalam 3 bulan. lagipun kitarang baru je bekerja. jadi berjimat cermat menjadi priority. seriously sedikit pun tak rasa ralat buat simple tapi happy sbb yang penting kitarang dah bertunang dan merancang untuk mengikat tali perkahwinan yang jauh lg penting daripada pertunangan. for me lah..he! lagipun adat-adat nie kitarang tak berkira sgt. just follow yang wajib je. nasib baik family in law dan family sendiri ok je.

tempoh bertunang adalah tempoh untuk kita mengenali si dia dengan lebih dekat dan memahami sedikit sebanyak sebelum melangkah ke alam perkahwinan. jadi kene banyak bersabar  dengan setiap dugaan yang bakal timbul dalam tempoh nie. asalkan niat kita ikhlas berkahwin dengan dia kerana Allah.. in shaa Allah semuanya akan dipermudahkan olehNya. jangan lupa untuk Solat Istikarah. (tak semestinya tak nampak muka si dia means dia bukan jodoh kita taw? petunjuk Allah pelbagai.. if mudah urusan kita means itu adalah salah 1 petanda dia adalah jodoh kita. in shaa Allah)

yang nie best yang diambil dari Muhammad Rusydi:

"Ada nasihat dari seorang bro yang sudah bernikah. Orang berpengalaman.

"Ini tips penting.
Andai saudara dan saudari yang sudah dalam ikatan; sama ada ikatan merisik pra-pertunangan ataupun sedang bertunang...

..tiba-tiba bermimpikan orang lain setelah istikharah sekali dua, atau seminggu dua. Sila abaikan saja mimpi itu andainya calon yang sudah ada ikatan dengan anda itu sudah pun ternyata baik. Kedua-dua keluarga sudah setuju dan termeterai janji untuk berbesan pun.
Yang anda nampak dalam mimpi tidak boleh dikira pakai pun. Sebab, anda sendiri beranikah 'potong jari' dan declare itu adalah petunjuk dari Tuhan? 

Mungkin jua penyamaran dari Setan? Siapa tahu?
Ingat. Bila anda dalam ikatan, Setan akan cuba meleraikan anda berdua dengan pelbagai cara. Sekiranya Setan itu gagal mencucuk kesetiaan anda berdua, maka ia akan menikamkan jarumnya pada orang lain sehingga orang lain itu berjaya memisahkan anda dengan pasangan.

Anda sudah pun istikharah dan yakin ketika buat ikatan dulu. Kenapa nak was-was lagi?
Cekalkan hati. Fokus pada yang satu. Baiki lagi kehidupanmu ke arah lebih baik. Fikir dan tumpu untuk hidup berkeluarga dengan lebih serius. Abaikan pemilihan calon atau mempertimbangkan calon-calon lain.
Tutup mata zahir dan mata hati untuk orang lain. Yakini pada satu.
Anda akan bahagia."

Fuh. Dahsyat.
Besarnya ujian sepanjang ikatan pertunangan. So, jangan tunang lama-lama. Deraskan dengan pernikahan.
Nota tambah: Yang datang mengganggu dan cuba mendekatimu atau menguratmu setelah tahu kamu sudah ada ikatan, itu semua sebahagian dari SETAN-SETAN bernama manusia gatal. Jangan dok kacau rumahtangga oranglah."

teringat kakak pernah gtau dulu:


"kalau dia adalah petanda jodoh yang Allah tetapkan untuk kita. semuanya berlaku sekelip mata dan semuanya Allah permudahkan. rasa macam tak percaya. sekejap je"

and now i trust it!!


nie nak share sket je gambar hari tunang.hehe! sebab mmg tak ambik byk gambar :)







ok. dah habis entry pasal pertunangan :)
post signature

0 cOmment{s}:

Post a Comment

thanks ◕‿◕✿

Related Posts with Thumbnails