SPECIAL PRICE & SPECIAL DISCOUNT?? HARGA TERMURAH?? SET SHAKLEE TERBAIK??

March 2017 SHAKLEE Promotion: Buy 1 FREE 1: Lecithin Buy 4 AT 3: Vita-Lea For Children
For all order inquiries, please contact 0142149010. I'll respond to you shortly and appreciates your patience and support. Tq!

June 21, 2010

♣ Hope

ak sebenarnya ade harapan+impian. tapi x pernah cakap kat org apa harapan+impian ak. sbb pe? sbbnya ak takut org akan cakap "bley ke ko?" "mampu ke?" "awal-awal kene sedar diri, bukan nak cakap pe.tapi tu hakikat!". disebabkan ak selalu je dgr org cakap camtue bila ak gtaw dyrang. ak tetiba rasa down. tambah-tambah lagi ak jenis yg x kuat semangat. bila ade yg beri ak semangat.ak rasa ak bley bt. kalau x. down balik..bilalah ak bley survive sendiri??

so.better ak senyapkan diri je. kadang-kadang rasa nk nanges pn ade. rasa nak cakap kuat-kuat!! "ak taw ak sape dan ak x layak!! so what??" huhu. tapi hanya t'luah dalam hati. rasa nak cakap pada org yg menaruh harapan kat ak "dahlah. ak da give up.ak x bley buat!" .seriously ak mmg x sampai atie nk gtaw sbb ak sendiri sememangnya nak capai apa yg ak harapkan. ak takut!! kadang-kadang ak cakap kat diri sendiri "ak akan buktikan.tgk lh". tapi mampu ke? persoalan yg tiada jwpn..

:look:Ya Allah. kuatkan semangat ak. berikanlah ak kesempatan dan kesabaran utk m'gapai harapan yg ak inginkan..jauh d'sudut atie ak x mahu kecewakan org d'sekeliling yg menaruh harapan pada ak dan diri ak sendiri...amin..


*eh.eh.pe yg ak melalut nie?? haha. abaikan je lah. ttba emo plakihikhik
post signature

June 17, 2010

♣ Gangguan

hurm.time tulis entry nie seriously ak still lagi rasa seram sejuk.entry ak before this ak cakap mintak d'jauhkan drpd mimpi-mimpi buruk yg ak alami.ak igtkan stop kat situ je.tp rupenye b'pjgn sampai lah sekarang.ak rasa mlm td je ak bley tido lena sket tanpa mimpi buruk.bukan nk mereka cerita tapi seriously ak mmg takut sgt.ak hanya mengira hari nak balik umah je nie.ak igtkan exam 21hb tapi rupa-rupanya 23hb.makinlah buat ak x tenteram.

sepanjang ak stay kat Delima 3 dan kat bilik ak nie x pernah ak alami benda bukan-bukan. Thanx God.tp start ak datang dah dekat sebulan.barulah ak rasa x tenang sgt. ye lah. start drp last week ak asyik mimpi bukan2.x bley nak tido. t'jaga hampir tiap-tiap mlm pk 3 pagi.lepas 2 susah nak tido.pernah pintu bilik t'kunci padahal ak rasa ak x pernah sentuh pn kunci 2 lepas pak cik yg baiki pesan jgn sentuh n guna kunci yg baru.kdg-kdg dgr ade org nak buka pintu bilik ak.Ya Allah.batapa takutnye ak sbb ak sorang-sorang kat bilik.bley dikatakn Delima 3 nie ade 10 bilik je yg ade org d'level ak n level atas. bley imgine x betapa sunyinye blok nie??

sepanjang ak merasa life kat hostel.sepanjang 2 lah ak alami benda bukan-bukan start drpd smspp.masria.mawar n sekarang delima. tapi yg plg last ak ase kat mwr.dah sethn lebey asenya. ak kalau bley x nk fikir bukan-bukan. ak seriously bley katakan ak epie stay kat delima nie sbb x de sebarang 'gangguan'. tapi sangkaan ak meleset bila sekarang ak rasa takut.huhu.mlm semalam mcm biasa.ak t'jaga pk 1 lebey n then x leh tido.so.ak decide nk tido mengiring m'hadap dinding.baru je nk t'lelap...

ak dgr suara kuat gile mcm suara lelaki tanye ak something n ak ase dy berada sedepa je dgn ak.tp time 2 ak da x bley nk b'paling sbb ak x leh nk gerak.Ya Allah dlm atie ak.Alhamdulillah ak x lalai.ak bace sume ayat Qursi+selawat+sume ayt Al-Quran yg ak igt.just ibu jari je bley gerak time 2.time ak bace ayat Qursi.ak pusingkan ibu jari ak ke arah ak ase 'suara' 2 ade. n then tetiba ak bunyi kuat gle suara m'dengus mcm marah. lepas 2 ak bley gerak.Alhamdulillah.lepas 2 ak ambik hp dgn tgn t'ketar-ketar.hp plak ttbe x leh tekan.huhu.bley plak dy bt hal.ak call kakak ak.dy x angkat.ttbe ak igt Farah.membe yg stay 2 bilik dari bilik ak.ak msg dy tnye dy duk mane.da tido ke blum??ak just igt dy je bley tlg ak time 2.

dy re gtaw dy ade kat delima 1.dy tnye nape.ak jst bley gtaw ak tkt.mulut t'kunci.nsb baik dy sanggup balik nk tmn ak.tp ak kene tgu dy depan ofis.bygkan dlm keadaan takut n pkl 2 ak keluar bilik n jalan sorang nk p tggu Farah.t'paksa buat-buat berani.thanx a lot Farah.2 je ak bley gtaw.dah 2 mlm ak tido kat bilik tv ngn dy.huhu

before sume nie jadi Fendi dah gtaw ak suruh bace ayt yg dy kasi.ak da bace+lps smbyg pn ak bace Al-Quran.tapi nk bt cane kan? ak klu bley x nk susahkan org.ak telefon akak ak.dy suruh ak bt pe yg ptt.mak ak n abg ipar ak pn.thanx.utk Syafiq pn thanx.huhu


:phonecry: ak blum cukup kuat nak alami 'gangguan' mcmnie.Ya Allah.tlg jauhkan semuanya drpd ak. next week ak final.ak ase x tenteram sgt klu still dlm keadaan takut mcmnie.seminggu je lagi.Insyallah.ak bley b'thn...tapi seminggu bknnya sekejap =((

post signature

June 11, 2010

♣ apa maksudnya??

semalam lepas mandi t'pandang kat jari tangan ak. cincin ak x de. dah dekat 2 thn ak pakai cincin kesayangan ak nie. semalam baru dy bt hal. x pernah lagi dy t'tanggal drpd jari ak. biasanya subang(anting-anting) ak je yang selalu buat hal.tahukah kamu ak amat menyayangimu wahai cincinku?cukuplah sekali hilang. kamu dah membuatkan tuanmu m'gelabah semacam.enough k? nasib baik jumpa balik.kalau x?ak dah nanges..

even x mahal.tapi kamu amat b'makna utk tuanmuihikhik

ok.settle pasal cincin. lagi 1 hal yang menakutkan ak.lately nie ak selalu mimpi hantu. kalau x mimpi hantu pun mimpi benda yang menakutkan ak. jatuh dari tmpt tinggi. jatuh dalam laut. tapi nsb baik selamat sampai ke darat. haha.poyo je. tapi serius mimpi hantu menakutkan ak. penat ak lari dalam mimpi. ade org cakap kat ak maybe ade "saka". nauzubillah. dahlah ak sorang-sorang kat bilik. lagilah menakutkan ak.saje je. mmg nak kena ngn ak org yg cakap 2.nasib baik x ada depan mata. kalau x. ak sekeh abis2.baru taw!!

:angry: ak harap sgt-sgt cincin ak dah x hilang lepas nie dan ak tak kn alami mimpi buruk.so scary.huhu.apa tandanya erk?..

post signature

June 8, 2010

♣ Award

tetiba je arinie ak dapat award dari feez-anna dan aesya.thanx ye utk award nie.nice..
once again. thanx !!

:flower:
cnoor kasi bunga.ambiklah.he..


:bye:
bestnye ice-cream..nyum.nyum.nyum.he..

aesya =))

*update 16/06

blur9url =))

baru je dpt award dari blur9url.thanx ye?ok.klu sume nk taw cane ak edit+hias+'m'hodohkn' blog+... ak just google+mlwt blog2 yg slalu kasi tutorial cane nk edit blog. url??ok.klu nak.ak da listkan kt favourite(s) kat side bar blog ak.t klik2 lah kat situ ye? ♥!!

5 benda describe psl ak?: suke senyum+majok+t'menung+layan fb n blog+layan korea kot?he..

-END-
post signature

♣ 10 Tips "memasak"

haha.x bley blahh title entry.actually da malu nk tulis psl cinta nie.nanti x pasal-pasal org akan cakap cnOor jiwang.opps!! tapi.d'sebabkan ak dapat request dari membe ak Miss Ruby d'tambah lagi dgn kebosanan. so.ak nak kasi 10 tips CINTA yg ak dpt dari artikel.haha.poyo je..ak ase ak  baru apply 1/10 je dari tips nie. bila nk apply semua pn ak x taw .he..jom tgk..

minum Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

minum Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apa saja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apa yang aku hormati dalam diri mereka?”.

minum Kekuatan untuk memberi
Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?”dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.

minum Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian salingberpandangan, tapi lebih bererti bersama – sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

minum Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri.

minum Kekuatan untuk melepaskan
“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.


minum Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untukmengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata – kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan…dan sekarang…kenapa kamumenunggu?

minum Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setiadengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

minum Kekuatan semangat
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari – hari kita dengan penuh semangat..

minum Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takutdan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjaditertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan – akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar – benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri “Apakah aku benar – benar mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.
:dizzy:
selamat m'cuba.he..
post signature

June 4, 2010

♣ Pertengkaran Yang Lembut


eh.eh.ade org selalu gdo x?? meh nk share tips2 'menarik'.he..gdo sket2 je lh erk?jgn pjg2 kn.x elok..opps!! betul x si cute?? ::ye.betul!! he..
:wink:
*wink.he..

Dalam percintaan, perbalahan boleh tercetus disebabkan pasangan terlalu mengikut perasaan, ego dan emosional sehingga ke tahap boleh melukakan hati kekasihnya.

PERTELINGKAHAN sentiasa wujud pada setiap masa dan di mana jua. Sama ada di alam percintaan mahupun perkahwinan, pasti pasangan akan berhadapan dengan pertengkaran. Walaupun ada di antara kamu malu untuk mengakuinya, namun itulah hakikatnya.

Wujudnya pertengkaran disebabkan pasangan terlalu mengikut kehendak perasaan, ego ataupun timbul rasa ketidakpuasan hati daripada pasangannya, baik perihal peribadi mahupun pekerjaan.

Ia tidak akan terhenti sekiranya kedua-dua pasangan masih tetap dengan pendirian masing-masing.

Sesetengah pasangan beranggapan, pergaduhan mungkin boleh diibaratkan sebagai seutas tali penguat kasih sayang. Ia membuatkan pasangan mengenali hati budi di samping dapat mempelajari erti sebuah kematangan.

Bukan bererti pertengkaran itu tidak baik, tetapi ia adalah lumrah dan resipi dalam kehidupan bagi pasangan yang sedang bercinta ataupun sudah berumah tangga. Seeloknya, setiap pasangan perlulah menepis setiap percaturan yang dibangkitkan itu demi membina keharmonian dalam sebuah perhubungan.

kat bawah nie ade tips bagaimana mewujudkan sebuah pertengkaran yang lebih selamat agar hubungan yang dibina selama ini diakhiri dengan ucapan, ‘aku maafkan dirimu’.

ros Elak bercakap panjang
Dalam menjalinkan perhubungan yang matang, kamu mesti menghormati pasangan dan diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila kamu mula bertanya dengan panjang lebar kepada seseorang tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan kurang selesa di dalam dirinya. Fokus kamu mesti kepada bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.

ros Tiada dendam dalam percintaan
Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti dan dihancuri, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Alasannya, biar pasangannya berasa bersalah dan turut berasa apa yang dia rasakan selama ini.Jangan sesekali bersikap membalas dendam kerana ia membuktikan kamu benar-benar seorang yang kurang profesional dalam hal percintaan.

ros Jangan mencari kelemahan pasangan
Sekiranya tercetus pertengkaran tanpa dipinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mencari kelemahan yang ada pada diri pasangan. Tidak elok sekiranya kamu menjadikan pertengkaran itu berakhir dengan kemenangan yang berpihak kepada kamu. Cuba selesaikan masalah secara profesional dengan alasan dan bukti yang kukuh.

ros Jangan melibatkan hal lain
Jangan sesekali melibatkan hal atau topik lain mencampuri pertelingkahan kamu berdua. Ia bertujuan mengelakkan masalah ini berlanjutan. Bangkitkan suasana komunikasi yang aman dengan penggunaan nada suara yang rendah.

ros Jangan bertindak secara fizikal
“Kamu memang bodoh”, “tak guna”, “menyesal bercinta dengan kamu”, atau “perangai kamu tak ubah seperti ahli keluarga kamu”. Kata-kata ini tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya mendatangkan risiko lebih besar.

Dalam bercinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mengeluarkan kata-kata kesat yang berunsur maki hamun, menyakitkan hati pasangan atau bertindak ganas. Sebaliknya, guna perkataan yang lembut seperti, “tak sangka kamu sanggup buat macam ini” atau “hancurnya hati mengenangkan perbuatan kamu”.

ros Usah menjauhkan diri
Insan mana yang tidak tersentuh apabila hatinya diguris dengan rasa tidak bersalah. Sekiranya kamu berhadapan dengan perbalahan sehingga menyebabkan kamu terpaksa membawa diri, jangan sesekali membuat keputusan terburu-buru untuk menjauhkan diri daripada pasangan. Tindakan ini tidak dapat menyelesaikan masalah kamu berdua.


:phonecry: :: hurm..arinie mood ak tetiba x ok.nape ye?? ish..d'sbb kn bosan n nk control mood.ak t'jupe article nie. bley lh kot nk dijadikan panduan..opps!!

post signature

June 1, 2010

♣ Erti Disebalik Kesetiaan

ak selalu bace blog Tentang Cinta dan tadi t'bace entry nie. mcm best je. saje nk share. bace blog psl cinta x b'makne jiwang ye??he..


:kiss:
Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasannya, hanya masa yang dapat menentukan…

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagiakan pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, janganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…

Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…

Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…
Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…

Pilihan adalah di tangan anda…


:flower:
si cute nie mst nga d'lamun cinta kan?? opps!!
post signature
Related Posts with Thumbnails